setelah 3 hari bercuti di cameron highlands, kami semua pulang ke kampus UIA semula dan menyambung cuti mid-sem masing-masing. asyraf pulang ke rumah keluarganya di selangor, hafiz di negeri sembilan, mia di sungai petani dan aku di kulim.
memandangakan aku dan mia menuju ke destinasi yang sama, kami memutuskan untuk menaiki satu kereta sahaja dan bertolak pada hari kedua cuti tersebut. memandangkan aku mempunyai kunci pendua rumah di setiawangsa, kami berehat di situ dahulu. yang beznya, nat pun join kitorang. aby yang hantar dia ke rumah aku.
malam itu,aku, nat, mia ngan aby pergi ke KLCC untuk dinner dan menontong wayang. mia membawa adam dan sha membawa fahmi. masing-masing dengan pasangan masing-masing. hehe..
aku pulang menaiki kereta aby. mia dan nat menaiki kereta hubby mereka.
“aby. this is for u” aku menghulurkan bungkusan baju yang telah aku beli di cameron semalam kepadanya.
“thankz sayang. boleh tak abang bukak?” tanya aby
“emm. bukak lah. kalau tak cantik bagi balik.” balasku
“ok. jap.” aby membuka bungkusan itu.
“cantik la sayang. thankz”balas aby.
“welcome. ingat abang tak suka.” balasku
“suka la. apa la sayang nie. bila nak balik kulim?”
“esok pagi. balik ngan mia.”
“ouh. kirim salam kat family ok” balas aby
“ok. insyaallah. abang tak balik pahang?.”
“balik. tu nat nak ikut. nanti bila-bila abang bawak sayang ok.”
“ok.”
“esok dah sampai telefon abang. risau la syaz nak balik jauh-jauh ni”
“ala. bukan tak biasa. orang pun maybe tak ramai. jalan tak jam. takyahlah nak risau-risau.”
“emm. ok. jaga diri ok.”
“ok. syaz masuk dulu ok. esok syaz mesej kat abang bila dah nak keluar umah,”
“ok sayang. take care. jangan bawak laju-laju. kalau penat tukar ngan mia.”
“ok. nite” balasku sambil membuka pintu kereta.
“nite, assalamualaikum.”
“waalaikumussalam”
perjalanan menuju ke kedah selama 6 jam terus ke sungai petani itu amat memenatkan. setelah menghantar mia ke rumahnya, aku teruskan pula perjalanan menuju ke rumah ibu bapaku.
setelah merehatkan diri, aku berbual dengan mama di ruang tamu.
“kakak ngan aby tu serius ke?”tiba-tiba mama bertanya
“serius la kot mama. tapi. tak tau la. kalau tak dak jodoh nak wat lagu mana kan.”balasku
“ye lah. kalau serius, lepas habis je belajaq suruh menikah terus la. senang sikit. nanti dah habis belajaq pun umor kakak dah dekat 25. sesuai sangat la nak kawin pun” jelas mama,
“insyaallah ma. kalau ada jodoh tu ada la. kalau tak dak. mama pi cari sat. haha”
“banyak la. satgi mama cari tak berkenan pulak.”
“hha.. takpa. janji pandai sudah. mama. malam ni akak nak keluar kejap. jumpak nadihah kat giant.”
“pi lah. jangan balik lewat sangat.”
“ok mama. thankz. sayang mama” balasku.
malam itu, aku, nadihah dan hilmi lepak di port kami. bunyi macam style je kan. sebenarnya takda lah style sangat pun. kat giant ni just ada bowling, karoeke and cinemas. saja kami pilih sini, sebab orang pun tak ramai sangat kan. senang.
“jom main bowling. 3 game” ajak hilmi.
“aku on ja. sapa kalah. belanja makan ok” balasku. nadihah hanya ketawa.
begitulah kami. setiap kali cuti mesti kitorang akan hang out. since form 4. senang cerita sejak aku tak duduk semaktab ngan diorang la. sejak tu kitorang jadi makin rapat. pelik tak?. haha.. but. that’s us.
lepas penat main bowling, kitorang pergi karoke pulak. macam macam lagu yang si hilmi tu nyanyi. nak nak banyak pulak lagu jiwang kara favourite dia. aku yang hanya mendengar ni ha makin sakit telinga. lepas tu pulak, of course kitorang pergi tengok movie. acara wajib tiap kali hangout. tengok cerita ngangkung. pecah perut jugak la tengok cerita itu. selepas itu pulak, nadihah belanja kitorang makan. bukan sebab dia murah hati ok. dia terpaksa. kalah beb. haha. as usual jugak, one dinner plate for 3 person. jimat tak?. but, once again that’s us.
aku menghantar nadihah ke rumahnya, kebetulan kami bertiga tinggal setaman. hilmi lebih senang menaiki motornya.



No comments:
Post a Comment